Sunday, May 22, 2011

Meteor (Part 2)

Sekarang...
                “Zikri, cepat bersiap! Abah dah tunggu kat depan rumah dah. Lagipun hari ni hari pertama kau masuk ke kolej. Cepat!” jerit Doktor Rohana.
                Zikri yang baru bangun lambat pada hari pertama persekolahannya mandi kerbau sahaja dan terus bersiap. Dengan mengenakan baju lengan pendek berjenama Nike, sweater, sarung tangan getah berjenama Ducati merah, seluar jeans biru, dan kasut DC terus berlari ke dapur mengambil beberapa keping roti kosong dan berlari ke kereta. Doktor Rohana, Fikri, anak bongsunya Zakri dan Zikri akan terus ke kolej dimana pendaftaran Zikri sebagai tahun pertama di situ. Kolej Alexander The Third (KATT) merupakan sebuah kolej yang berprestij di presint A12, sebuah bandaraya utama di presint A. Perjalanannya mengambil masa dalam tiga jam dari presint A7. Oleh kerana musim sekolah, Zakri turut mengikuti keluarga mereka ke bandaraya itu.

                Sesudah sampai di KATT, mereka turun di kolej penginapan Zikri. Ramai beratur menunggu giliran untuk daftar masuk. Sementara Fikri mencari tempat letak kereta, Doktor Rohana dan Zakri sempat mencari kafeteria untuk membeli makanan sementara menunggu Zikri daftar bilik. Selepas mengambil nombor giliran, Zikri duduk di kerusi yang disediakan sebelum nombor gilirannya dipanggil.  Disebelahnya terdapat dua orang pelajar baru yang sama sepertinya. Mereka kelihatan cemas dan risau. Zikri cuba berbual-bual dengan mereka. Kemudian, kelihatan seorang lelaki yang keluar dari tempat pendaftaran dalam keadaan marah-marah. Lelaki itu menyepak-nyepak dinding dan tong sampah. Tidak lama kemudian, giliran Zikri di jemput masuk.
                “Err, dari yang saya faham awak ni dari keluarga penting ni. MFC yang menguruskan perihal mutant membuatkan kami berasa selesa. Saya tiada apa-apa nak diperkatakan dengan awak melainkan awak boleh memilih bilik awak sendiri. Khas untuk awak sahaja, “ kata wanita yang bekerja itu dengan senyuman.
                Dia memberikan senarai bilik untuk Zikri pilih. Sudah tentu Zikri bukannya pemilih. Semasa menyemak senarai itu, dia teringat akan nama pelajar lelaki yang marah-marah ketika keluar tadi.
                “Namanya Ad... Adrian kot,” getus Zikri.
                “Eh, adik tak boleh pilih kat situ, bilik situ khas untuk mutant sahaja,” kata pembantu wanita itu supaya Zikri tidak memilih bilik mutant.
                “Tak apalah cik. Lagi pun ayah saya penyelidik MFC, mama saya pula pakar perubatan MFC. Sudah menjadi tanggungjawab saya mengikuti jejak langkah parent saya,” Jelas Zikri cuba meyakinkan pembantu wanita itu.
                Wanita itu berfikir sejenak, setelah dia bertanya dengan pembantu yang lain, akhirnya dia setuju dengan permintaan Zikri. Zikri ditempatkan sama bilik dengan Adrian, mutant yang belajar disitu.
                “Nah, air tin. Dari ko duduk muram kat situ, baik ko buat sesuatu yang boleh release tension kau,” nasihat Zikri sambil menyerahkan satu tin air coke kepadanya.
                “Kau ni berani juga ya. Kau nampak aku mood tak baik, tapi berani kacau mutant macam aku. Kau ikut aku sekarang!” tegas Adrian seperti marah.
                Adrian membawa Zikri ke hutan belakang blok penginapan. Sampai sahaja disana dia menggunakan kuasa meteor iaitu batu. Dia boleh membuatkan apa-apa yang dipegangnya menjadi batu dan boleh menghasilkan batu.
                “Kau tak takut dengan aku! Aku pukul baru tahu!” Adrian cuba mengugut Zikri.
                “Aku tak kisah kau nk pukul aku. Lagipun aku berbeza dengan kau. Kau mempunyai keistimewaan, manakala aku mempunyai kekurangan. Jangka hayat kau lagi panjang dari jangka hanyat aku. Aku ada penyakit kulit sensitif, kalau terdedah lama, kulitku akan menggerutu dan kering, malah boleh menyebabkan maut” Jelas Zikri kepadanya.
                Bukan kali pertama Zikri menggunakan ayat sedemikian untuk mengambil hati orang, tetapi selalu.
                Zikri berbeza dengan adiknya atau ayahnya. Ayahnya mempunyai kuasa meteor untuk meningkatkan metabolisma badan dari kecederaan, adiknya Zakri pula mempunyai kuasa meteor psikik. Zikri walaupun mengetahui bahawa kuasanya ialah menyedut kuasa meteor lain, tetapi ditegah dari menggunakannya, maka dia terpaksa menggunakan glove kerana dia sendiri tidak boleh mengawal apa yang di sedutnya. Tangan kirinya menjadi menyedut kuasa manakala tangan kanan pula mengawal kuasa yang disedut. Nampak seperti hebat, tetapi dalam hati Zikri kuasanya menyusahkan.
                “Maaf, aku bukan bermaksud nak kenakan kau. Cuma apabila dilabelkan sebagai mutant, kau akan kehilangan segala keistimewaan yang ada pada orang biasa,” jelas Adrian.
                “Aku faham, kawan-kawan aku juga kata begitu. Bertapa rimasnya bila orang menjauhkan diri kerana dianggap mutant, lebih-lebih lagi tag elektronik yang dipakai kat lengan tu,” jelas Zikri.
                Sememangnya penggunaan tag elektronik lengan kepada semua mutant agak merimaskan. Tag itu bukan sahaja tahu lokasi, malah akan digunakan untuk menjejak dan memberitahu sebarang perubahan status DNA.
                “ Tidak perlulah diingatkan lagi. Kita berdamai, saya Adrian,”
                “Saya Zikri, roommate baru kau,”
                Zikri kemudian beredar untuk berjumpa dengan keluarganya yang sedang menunggu di kafeteria. Keluarganya tidak sama seperti dulu. Bagi memastikan keselamatan Zikri dan Zakri, Fikri terpaksa menukar pekerjaan kepada penyelidik mutasi gen MFC manakala Doktor Rohana menjadi pakar perubatan mutan MFC. Menjadi anggota MFC sedikit sebanyak membantu mereka terlepas dari ujian DNA mutasi. Mereka berbual-bual sebelum meninggalkan Zikri di kolej barunya.
                Selesai mengemas baju dan pakaian di dalam almari, Zikri mengemas pula sarung tangannya. Hampir dua puluh set sarung tangan dia ada yang disimpan di rak khas sarung tangan. Semua sarung tangan itu telah diubah suai menjadi lebih mesra udara, mudah udara masuk dan keluar, nipis tetapi diletak lapisan titanium lembut bagi memudahkan lenturan. Zikri membuka sarung tangan dipakainya ke rak itu. Dia kemudian mencapai tuala untuk mandi di bilik air. Sampai di bilik air dia terlanggar seorang senior tahun dua, Zikri terjatuh. Senior itu menengking Zikri dan memerlinya.
                “Woi, buta kah?! Tak nak pak orang nak keluar ni! Ni asal orang biasa boleh masuk asrama untuk mutant ni? Nak kena pukul kau ni!”
                Zikri seorang yang penyabar, tetapi dia paling pantang orang yang berpuak-puak seperti senior itu. Dia hanya merenung dalam mata senior itu, digenggamya tangan kirinya agar dia tidak tersalah menggunakan kuasa tangannya itu. Digenggamnya tangan kanannya kerana dia dapat merasakan api meluak-luak ingin keluar dari tangan kanannya itu.
                “Woi Big! Jangan buli budak! Pergi bilik ko sendiri!” jeritan didengar dari belakang.
                Senior bernama Big itupun beredar dari situ. Tiba-tiba ada orang menyapa dari belakang Zikri memperkenalkan diri.
                “Maaf Big. Dia tu memang macam tu, suka cari masalah. Saya Megat, orang panggil Mega. Orang baru? Macam mana boleh masuk blok ni?” jelas Mega, orang yang menegur tadi.
                “Oh, tadi masa pendaftaran semua bilik dah penuh.So, mereka minta supaya saya duduk di blok ni,” jelas Zikri.
                Zikri cuba membangunkan kembali badannya. Mega pegang tangan Zikri untuk membangunkannya. Segera Zikri menarik tangannya dari dipegang Mega. Zikri terus ke bilik air.
                “Ada sesuatu mengenai Mega. Kuasa meteornya ialah synergic, kuasa untuk mengawal elektrik. Tapi turut dicemari hipnotis. Kalau tidak salah seseorang cuba mengawal perasaannya,” Getus hati Zikri.
                Memang selalu berlaku perkara begitu. Tiap kali Zikri menyentuh atas disentuh, dengan pantas Zikri dapat mengenalpasti jenis kuasa meteor orang tersebut.
                Seperti mana-mana universiti dan kolej, pelajar baru pasti akan mengharungi minggu orientasi. Berbeza dengan tahun sebelumnya, kolej Zikri akan membuat orientasi secara tertutup. Dimana orientasi diadakan diantara penghuni blok sahaja. Zikri yang menghuni blok X6, blok mutant juga tidak terkecuali. Pada awal orientasi, semua pelajar junior akan dipecahkan dalam kumpulan lebih kecil. Zikri tergolong kumpulan yang sama dengan Adrian, rakan sebiliknya. Pengelola orientasi di jalankan oleh pelajar senior, Mega sebagai ketua blok. Cabaran pertama sungguh memenatkan, pelajar dikehendaki mencari sebatang pen yang dibaling jauh kedalam hutan. Kumpulan Zikri seramai empat orang iaitu Zikri, Adrian , Amir kuasa meteor angin, dan Badrul kuasa meteor pokok. Mereka perlu masuk ke belukar untuk mencari pen tersebut. Kesemua ahli kumpulan mereka kini tahu yang Zikri Cuma orang biasa yang bukan mempunyai kuasa meteor. Sewaktu memasuki hutan, adrian bertukar ke bentuk golem batu dan Zikri duduk di bahunya supaya mempercepatkan perjalanan. Mereka berjaya menghabiskan misi itu dengan jayanya. Pada hari kedua, pelajar akan dipasangkan untuk cabaran fizikal. Zikri dipasangkan dengan seorang pelajar wanita bernama Danish, kuasa meteor berubah menjadi pasir. Dalam cabaran itu, pasangan Zikri mendapat cabaran paling senang iaitu cara memberhentikan sebuah mesin yang diluar kawalan. Salah seorang senior akan membina mesin itu dan membuatnya hilang kawalan. Zikri tidak perlu mengagak, sebarang penggunaan kuasa meteor pasti dia tahu. Dengan bantuan dari Danish, Danish akan menjadi pasir dan memasuki sistem elektronik badan mesin itu sementara dia akan menarik perhatian mesin itu. Pada mulanya, Zikri mengalami masalah kerana mesin itu hilang kawalan teruk sekali. Agak sukar baginya mengelak semula serangan fizikal mesin itu. Nasib menyebelahi Zikri, nyaris-nyaris Zikri di hempap oleh mesin itu, Danish berjaya mematikan mesin itu. Kejayaan mereka membuatkan pasangan Zikri menjadi orang pertama menghabiskan cabaran dengan pantas.
                Cabaran terakhir sebelum berakhirnya orientasi. Semua pelajar junior blok X6 dikumpulkan di padang. Mega, ketua blok akan menerangkan cabaran terakhir itu.
                “Cabaran terakhir kamu ialah, kami akan pilih salah seorang yang terbaik dari kamu. Orang yang terpilih hendaklah memilih satu jenis bendera yang berada di tangan saya ini. Bendera ini merupakan simbol kegagahan, dan tiap satunya akan di pegang oleh senior. Senior yang terpilih benderanya pula akan mencadangkan jenis cabaran untuk kamu. Baik, nama yang saya sebutkan sila kedepan,” Mega terbehenti bercakap.
                Mega kemudian berbisik dengan senior-senior lain. Sepertikan ada sesuatu yang tidak kena. Setelah beberapa minit kemudian dia pun memanggil Zikri.
                Zikri dan Adrian serta rakan-rakannya disitu agak terkejut. Zikri tiada kuasa meteor tetapi dipanggil untuk cabaran yang terakhir.
                “Kamu tahu tak, antara semua Zikri lah yang berjaya menghabiskan cabaran dengan baik sekali. Ternyata untuk cabaran terakhir ini, dia layak menerimanya,” Tegas Big.
                Ternyata ada udang disebalik batu. Zikri sedar akan hal itu tetapi cuba menenangkan diri. Dia maju kehadapan dan sedia untuk memilih bendera di tangan Mega. Zikri mengambil bendera berwarna ungu. Big tiba-tiba tampil kehadapan sambil memegang bendera ungu yang membawa maksud Zikri akan menerima cabaran dari Big. Terdengar bisikan dari pelajar junior kerana ada yang perasan bahawa senior cuba menukar bendera dengan Big. Zikri juga dapat menduga hal itu namun mendiamkan diri.
                “OK, cabaran dari aku ialah... gusti lengan!” suara Big kuat kedengaran dengan rasa puas.
                “Mana boleh, semua tahu yang Zikri tiada kuasa meteor. Rasanya semua tahu yang mutant tidak dibenarkan membuli orang biasa,” Gesa Adrian.
                “ Hmm. Rasa betul juga. Big, cuba cari cabaran yang tidak mengenakan tenaga yang agresif,” Mega cuba meringankan lagi cabaran yang dikenakan terhadap Zikri.
                “Kau sengaja kan! Baik, kalau macam tu... Zikri! Cuba rampas bendera ni dari tangan aku. Jikalau kau dapat rampas, aku tak akan kacau kau,” kata Big dengan ketidakpuasan.
                Zikri menghulurkan tangannya untuk mengambil bendera di tangan Big, tetapi ditepis Big hingga Zikri terjatuh. Adrian  yang pada waktu itu melihat sangat tidak berpuas hati, begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain. Nasib ketika jatuh Zikri menahan menggunakan tangannya, menyebabkan hanya sarung tangan yang koyak sehingga ternampak besi titanium dalam sarung tangan itu.
                “Ooh, main tipu. Mega, mana boleh pakai besi-besi. Ni dah menipu,” Big mengadu.
                “Ala, kau pun sama. Kau tolak Zikri sampai jatuh sedangkan sepatutnya kau mengelak,” jawab sinis Mega.
                Zikri bangkit semula. Kali ni dia cuba berlari ke kiri dan kekanan untuk mengelirukan Big tetapi tidak berjaya. Zikri jatuh tersembam ke tanah. Dagu Zikri berdarah. Zikri tidak dapat bertahan lagi, dia mula membuka sarung tangan kanannya. Tangan Zikri kelihatan kemerah-merahan, kelihatan seperti bengkak. Ramai tidak salah seorang senior di situ merupakan telekinesis, mampu membaca fikiran orang. Dia cuba membaca fikiran Zikri. Pada mulanya dia berjaya, tetapi kemudian Zikri perasan bahawa seseorang cuba membaca fikirannya, dengan segera Zikri melihat senior tu. Senior tu terkejut dan berundur. Dia tidak sangka yang Zikri mampu menghalang kuasanya. Zikri berbalik kepada Big, dia menerkam bendera ditangan Big. Tiada siapa menduga yang Zikri berjaya mengambil bendera itu dari tangan Big, mempunyai kuasa superhuman itu. Big yang bertambah geram berundur. Zikri dan kawan-kawannya meraikan kejayaan Zikri menghabiskan cabaran.
                Ketika rehat, Zikri pun pergi ke tandas. Semasa berada ditandas, tiba-tiba bunyi bising dari luar. Seperti ada orang bergaduh menuju kearah tandas. Zikri cepat-cepat menyembunyikan diri dalam bilik tandas.
                “Kenapa kau hentikan aku? Kan aku boleh handle budak tu. Ingat aku tak tahu kau yang buat?”  kata Big dengan nada marah.
                “Bukan aku sengaja. Tapi budak tu bukannya normal. Aku dapat rasa sesuatu dalam diri dia. Bayangkan masa aku nak baca fikirannya tiba-tiba dia hentikan aku. Malah cara pandangannya itu membuatkan aku takut,” Kata seorang pemuda lagi.
                Kemungkinan ialah pemuda itu yang cuba mengenakan kuasa kinesisnya pada Zikri. Tiba-tiba telefon Zikri bergetar. Big dan pemuda itu baru tersedar yang terdapat orang di tandas itu. Zikri menjadi kabut, bukan sengaja dia menyorok dalam tu.
                “Fikir Zikri! Fikir! Fikir cara untuk melepaskan diri!” getus hati Zikri.
                Nasib menyebelahi Zikri, teringat akan cerita ayahnya beberapa tahun lepas. Zikri telah menyedut satu makhluk mitos api. Fikri menceritakan bagaimana makhluk itu keluar dari badannya menjadi miasma dan menjadi makhluk api. Tanpa berfikir panjang, Zikri mencuba supaya diri sendiri menjadi miasma. Walaupun pernah mencuba mengeluarkan api melalui tangan kanan, tetapi tidak pernah mencuba menjadi api tersebut. Zikri kesuntukan masa.
                Big membuka pintu tandas satu persatu, tidak kelihatan seorang pun ada disitu. Tiba ke pintu tanda yang terakhir, dimana Zikri berada, Big menendang pintu itu sambil mengenakan bahasa kesat. Tetapi tiada siapa juga. Big dan pemuda itu berlalu pergi.
                Akhirnya, Zikri berjaya menukarkan badannya ke bentuk miasma, tapi masalahnya dia tidak tahu mengubah balik kebentuk asal. Setelah beberapa jam di tandas, barulah dia berubah semula ke bentuk asal.


No comments:

Post a Comment