Sunday, May 22, 2011

Meteor (Part 1)

16 tahun dahulu...

“Abang, banyak sungguh jenayah berlaku kat bandar kan. Rasanya lagi aman duduk di pekan.” Kata Doktor Rohana.
                “A’ah. Tapi disini pun ok juga. Abang tak risau lagi pasal bekerja outstation sebab makmal abang dekat sahaja. Tempat pengasuh untuk Zikri pun dekat,” kata Fikri dengan senang.
                Sememangnya kehidupan di bandar lebih selesa kerana pelbagai perkhidmatan disediakan. Tetapi banyak juga jenayah berlaku. Selain jenayah biasa, banyak berlaku jenayah luar biasa yang dilakukan oleh mangsa meteor seperti rompakan, misteri kehilangan, misteri kebakaran dan bermacam lagi. Kebanyakannya polis GSC yang akan campur tangan. Tidak seperti dulu, GSC kini mempunyai organisasi baru iaitu Meteor Freak Control MFC yang bertindak untuk memastikan semua yang mendaftar sebagai mangsa meteor mengikuti undang-undang yang lebih ketat dan tidak menggunakan kuasa sewenang-wenangnya. Undang- undang digubal semula kerana MFC mendapati lebih satu juta orang awam yang terdedah dengan meteor bermutasi. Bagaimanapun, Fikri tidak disenaraikan kerana Doktor Rohana tidak membenarkannya menyerah diri.
                Fikri sedang membuat penterjemahan untuk artifak yang ditemui kumpulannya. Dia duduk depan komputer dengan fokus sekali. Di sebelah kanannya terdapat secawan kopi yang panas baru dibuatnya. Sebelah kiri pula kertas tertera senarai terjemahan. Fikri berada seorang diri di makmal petang itu, ramai penyelidik lain sudah pun pulang ke rumah. Fikri mendapat panggilan telefon dari Doktor Rohana.
                “Abang!! Abang! Zikri! Cepat datang bang!,” Gesa Doktor Rohana cemas.
                Fikri terkebil-kebil seketika, dicapainya kot miliknya yang digantu di tepi pintu dan terus keluar dari makmal. Kemudian dia melalui pintu dan terus menuju ke arah lift. Sewaktu menerusi kawasan pekerja penyelidik, dia sempat mendengar berita melalui radio. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati sekolah asuhan Taska Penyayang di jadikan tebusan oleh dua orang penjenayah. Kedua-dua mereka mangsa meteor atau dikenali mutant. Fikri tiba-tiba terasa badannya panas dan keluar asap. Dia segera melalui pintu belakang bangunan makmal itu supaya tidak dikesan oleh orang.
                Tiba-tiba badannya mengeluarkan miasma api biru. Makin banyak miasma keluar dari badan Fikri dan mula berkumpul. Akhirnya ia menjadi makhluk yang dijumpainya dahulu dikenali sebagai ‘pyro’.
                “Akhirnya aku keluar! Hahahaha! Sudah tiba aku mendapat habuanku,” kata makhluk api ‘pyro’ itu.
                “Tidak, dia bukan milik kau. Kalau kau mahu, makanlah aku, jangan apa-apakan anakku,” Jerit Fikri mirintih.
                Sewaktu Fikri bertemu dengan makhluk api itu pada kali pertama ialah semasa di dalam gua tamadun ‘pyro’. Ketika itu makhluk itu membunuh makhluk ganas yang cuba menyerang Fikri. Ia bagaimanapun menagih janji yang dibuat oleh kaum ‘pyro’ tamadun lama iaitu memberinya korban anak sebagai balasan memberi kuasa kepada kaum tersebut. Oleh kerana kaum itu telah pupus, maka diingatnya bahawa Fikri adalah dari kaum ‘pyro’ kerana tidak terbakar kerana api nya. Makhluk itu pun terbang meninggalkan Fikri berseorangan mencari korbannya.
                Makhluk api itu tiba di Taska Penyayang. Semua yang berada berhampiran lari lintang pukang apabila meluhat makhluk yang besar itu. Pihak MFC yang mengawal cuba memberi amaran kepada makhluk api itu. Dengan hanya selibas ekornya, kereta MFC meletop dan hancur terbakar. Ia kemudian terus mendekati taska itu. Mutant yang menjadikan taska itu sebagai tebusan kelitahan agak cemas. Tetapi tidak risau kerana salah seorang dari mereka mampu mengawal air. Mereka pun menjirus air ke arah mahkluk api tapi tidak berjaya. Makan dicubanya untuk memerangkap makhluk api itu didalam air tetapi ia dapat melepaskan diri dengan menukarkan air kepada wap. Kerana berang di serang, makhluk itu menyembur apinya ke arah dua orang mutan itu. Mereka berdua terbakar teruk dan tidak sedarkan diri.
                Makhluk api itu terus masuk ke dalam taska. Penjaga taska disitu terkejut dan ada antaranya sempat berlari menyelamatkan diri. Yang tinggal hanya kanak-kanak di situ termasuk Fikri.
                “Aduh, banyaknya budak kat sini. Mana satu Zikri? Patut aku bawa ayah dia kesini. Salah aku sebab tidak membuat tanda seperti mana ku tanda korban ku sebelum ini,” makhluk itu keliru.
                Sudah menjadi kebiasaan apabila ia inginkan korban dengan menanda pada dahi bayi dengen simbolnya untuk dijadikan santapan. Tapi ia lupa lakukannya kerana Fikri bukan pengikutnya. Tanpa berfikir panjang, makhluk itu memamah satu persatu kanak-kanak di dalam taska itu. Sampai giliran Zikri dimakan mahkluk itu. Ia cuba membuka mulut seluasnya, mulutnya mendekati Zikri.
                “Berhenti!! Jangan makan anak aku!” Jerit Doktor Rohana yang berada dalam taska itu tanpa disedari.
                Makhluk api itu sempat meliar melihat Doktor Rohana sebelum meihat Zikri semula. Ia tersenyum kerana yakin yang itu adalah korban yang dia cari, Zikri. Dimamahnya Zikri dalam mulutnya, Doktor Rohana menjerit meraung melihat anaknya dimakan.
                Tiba-tiba, makhluk itu meludahkan keluar Zikri dari mulutnya. Zikri terjatuh kelantai dan menangis teresak-esak. Lantas Doktor Rohana berlari mendapatkan anaknya.
                “Mustahil! Bagaimana! Kamu, aku harus bunuh kamu!” Tiba-tiba makhluk api itu mengamuk.
                Ia menerkam ke arah Zikri dan Doktor Rohana. Doktor Rohana sempat mengelak dari tikaman makhluk api itu. Malang tidak berbau apabila Zikri terlepas dari pelukan Doktor Rohana. Makhluk itu cuba menerkam Zikri, kali ini pasti Zikri tidak dapat mengelak lagi. Doktor Rohana juga tidak mampu berbuat apa-apa.
                Tiba-tiba makhluk itu meraung, api di badannya semakin malap. Doktor Rohana terkejut. Tanpa disedari Zikri atau Doktor Rohana sendiri, makhluk api itu seperti disedut kedalam tangan kiri Zikri. Habis makhluk itu disedut hinggakan miasma pun tidak lagi kelihatan. Doktor Rohana bimbangkan keselamatan Zikri. Dia cepat-cepat membawa lari anaknya keluar dari taska melalui pintu belakang.
                Doktor Rohana pulang ke rumah dengan Zikri dalam keadaan tidur. Kelihatan suaminya, Fikri dalam keadaan tidak terurus dan menggeletar. Fikri dalam keadaan terkejut apabila makhluk itu tiba-tiba muncul didepannya ingin mengambil anaknya. Setelah melihat Zikri, Fikri cepat-cepat memeluknya kerana takut kehilangannya. Doktor Rohana menceritakan apa yang berlaku dalam Taska Penyayang dan Zikri. Dari situ, menduga bahawa kuasa meteor Fikri kemungkinan ialah menyedut kuasa. Untuk langkah berjaga-jaga, Doktor Rohana dan Fikri bertekad supaya memastikan anaknya Zikri sentiasa memakai sarung tangan supaya tidak menyedut mana-mana kuasa lagi.

No comments:

Post a Comment