Tuesday, May 25, 2010

Setulus Cinta Ku

"Ana, cepat bersiap! Kan kamu perlu mengambil anak Pak Ahmad di airport. Mama dan papa perlu jumpa client di Ipoh ni. Cepat! kesian dia ternanti-nanti. Dia bukannya tahu sangat jalan di Kuala Lumpur ni. Maklum sajalah, sudah hampir 10 tahun berada di oversea," Jerit Cek Nor.

Jeritan Cek Nor, ibu kepada dua orang anak iaitu Nana dan Salwa kedengaran memecah keheningan pagi. Dalam masa yang sama, bibik Gugu sibuk menyediakan sarapan pagi di dapur. Nana yang merupakan pelajar di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur sudah biasa mendengar leteran ibunya baru bangun dari tidur. Almaklumlah, hujung minggu begini sudah menjadi kebiasaan baginya untuk tidur lebih waktu.
Seperti biasa, Cek Nor dan suaminya En.Hafiz bersarapan secepat yang mungkin untuk menghadiri urusan kerja. Nana pula, baru sahaja bangun tidur terus bersarapan. Salwa, adik Nana sudah pun berpakaian kemas dan bersiap sedia kerana rakan karibnya sewaktu kecil dahulu bakal datang situ.

Masa berlalu dengan pantas, Nana dan Salwa sudah pun siap menunggu di tempat menunggu penumpang flight antarabangsa. Bersama mereka, Hilza, sahabat kolej Nana turut menemani mereka.
"Siapa sebenarnya Adrian ni? Kamu tak pernah pun cerita kat aku." tanya Hilza.
"Err.. macam ni, Adrian ni anak kawan papa aku. Dulu sama-sama pergi kesekolah. Boleh kata, Adrian ni tak reti langsung bergaul dengan orang lain. Faham-fahamlah, dulu dia ni gemuk. Kawan sekelas semua ejek dia. Kawan dia, ni hah kami adik beradik. Dia paling rapat dengan kakak lah. Sebab kakak selalu buli dia dan kadang-kadang bila Adrian kena buli, kakak lah tukang back up dia." Jelas Salwa sambil tersenyum.
"Owh. Ana ni suka buli orang ya? kenapa Zaza tak tahu. Kalau kat kolej, bukan main lembut lagi. Tak sangka betul. Hehe," Sambung Hilza tersengih-sengih.
"Jahatnya korang. Aku pula jadi mangsa kutukan korang. Jaga korang nanti," Nana membuat muka cebik menahan geram.

Flight dari London yang dinaiki oleh Adrian sudah pun mendarat. Tetapi langsung tidak kelihatan Adrian.
"Ish, mana budak gemuk ni? tak nampak satu pun penumpang gemuk yang keluar. Tengok, dah hampir semua penumpang   keluar dari situ," Kata Nana dengan nada marah.
Memang langsung tidak kelihatan kelibat Adrian. Tidak mungkin seorang yang gemuk tidak di nampak ketika keluar. Bukan susah nak bezakan dengan badan yang besar itu.
Selepas beberapa minit menunggu, seorang pemuda dalam lingkungan 20-an keluar dari situ.  Pemuda yang berambut lurus dan disikat rapi seperti seorang artis,  badannya sedang-sedang dan nampak gagah. Malah cara pemakaiannya kebaratan yang mengenakan baju kameja berlengan pendek dan seluar tiga suku berjenama NIKE.
"Alangkah bagusnya kalau aku dapat kekasih tampan begitu," kata hati Hilza sambil merenung pemuda itu.
Tiba-tiba pemuda itu menegur seorang wanita di sebuah kedai berdekatan. Pemuda itu ternyata seperti cuba untuk menggoda wanita itu. Wanita itu pula kelihatan beriya-iya. Kemudian, kelihatan sekumpulan perempuan remaja melalui disitu. Bagaikan magnet, pemuda itu berpaling arah kepada sekumpulan semaja itu. Hilza dan Nana berasa benci melihat pemuda miang itu mendekati wanita.

Setelah menunggu hampir 30 minit, tempat itu menjadi suram. Tidak kelihatan satu pun penumpang yang keluar dari balai ketibaan. Nana yang jenguh menunggu akhirnya mengalah dan pergi dari situ. Mereka  bertiga pergi ke caf'e berdekatan menghirup malt coklat yang mereka order.
Tanpa disedari, pemuda yang mereka sangka miang itu berada di caf'e itu juga. Menyedari mereka ada disitu, tiba-tiba pemuda itu terus menuju ke meja mereka duduk. Pemuda itu mula menghampiri mereka secara perlahan-lahan.
"Hai, boleh saya duduk disini?" pinta pemuda itu untuk duduk semeja dengan mereka.
Bagaikan tidak boleh menahan kemarahan dengan kegatalan pemuda itu, sepantas kilat Nana bangun dan memegang cawan malt coklat yang dihirup separuh itu dan menumpahkan malt itu di kepala pemuda itu. Rasa puas ternyata nampak di raut wajah Nana. Hilza dan Salwa terkejut dengan perbuatan Nana.
"Kakak! Apa kakak buat ni?!" Tegas Salwa kepada Nana.
Tidak terlintas di fikiran Salwa yang kakaknya sampai berbuat demikian. Hilza yang melihat kejadian itu tidak berkata apa-apa kerana masih terkejut dengan perbuatan Nana yang mendadak itu.
"Ai, dah hampir 10 tahun tak jumpa, ingatkan rindu kat kita. Sekali dia baling air. Nasib baik tak panas," ajuk pemuda itu sambil menahan marah.
"Salah awak. Siapa suruh awak datang sini nak mengorat kami! Padan muka!" Balas Nana.
"Kakak! Apa kakak dah buat ni? Ni anak Pak Ahmad la, Adrian. Tak percaya, tengok gambar yang mama dapat dari Pak Ahmad. Adess kak, napa la kakak   bertindak terburu-buru ni?" Jelas Salwa sambil menunjukkan gambar yang diberi ibunya tadi pagi.
Nana menjadi serba salah bila melihat gambar Adrian, "Adrian? err... Kenapa tak cakap awal-awal. Mana lah akak tau dia ni Adrian. Lagipun kan Adrian.."
"Kenapa? Sebab dulu aku gemuk? Aduii... macam ni kah cara kamu menjemput orang. Dah agak dah. Patut aku bagi tahu papa yang aku menginap hotel sahaja." celah Adrian sementara mengeringkan rambut dan bajunya menggunakan tisu yang diberi oleh Salwa.
"Adoi kak. Macam mana nak cakap. Mama tadi pagi memekik nama kakak suruh bangun dan bersiap. Last-last mama tidak ada pilihan melainkan bagi gambar ni kat Salwa," Jelas Salwa kepada Nana.

"Asalamulaikum, bibik, tolong ambilkan tuala ya," pinta Salwa sambil membuka pintu rumah.
Hilza dan Nana pula membantu mengangkat barang Adrian masuk ke rumah. Masing-masing rasa bersalah. Mungkin Adrian yang sekarang bukan lagi Adrian dulu. Adrian sekarang seorang yang segak dan menawan bukan lagi seorang yang pemalu seperti dulu. Zaman dah berubah, teknologi pun berubah apatah lagi sebagai seorang manusia.
"Ya Allah. Macam mana boleh basah begini? Abis baju rosak. Aduh," ngadu bibik Gugu melihat keadaan Adrian yang basah dengan Malt coklat.
"Hehe.. Tak ada apa-apa la bik. Tadi kat KLIA tu hujan, tu yang basah tu," kata Nana menutup salahnya.
"Hujan? bibik rasa tadi panas terik. Baru saja baju ampaian itu bibik jemurkan. Enggak ada hujan-hujan." jelas bibik Gugu.

Malam sudah pun smpai, cepatnya siang berlabuh tirai. Kedengaran bunyi cengkerik bersahut-sahut dan azan berkumandang dari surau masjid terdekat.

En. Hafiz sekeluarga dan Adrian makan malam bersama-sama dirumah  banglo 3 tingkat itu. Bibik Gugu masak masakan special malam itu bagi menyambut tetamu mereka Adrian. Ayam masak kari, ayam masak kicap, rendang, laksa, tom yam, pencuci mulut dan buah-buahan semua disediakan khas untuk malam itu.
"Hmm.. Bagai mana dengan ibu bapa kamu? mereka sihat? rasa bertahun-tahun tidak jumpa mereka," tanya En. Hafiz.
"Alhamdulillah mereka sihat sahaja. Mereka pun turut bertanya khabar kepada mak cik dan pak cik. Papa dan mama kata dalam beberapa bulan lagi, mereka akan datang ke KL. Mereka nak buka syarikat baru disini," Kata Adrian.
En. Hafiz dan Cek Nor  sekeluarga begitu gembira bila mendengar keluarga Adrian akan datang ke KL. Maklumlah, En. Hafiz dan Pak Ahmad, bapa Adrian berkawan sejak bersekolah lagi manakala Cek Nor dan Puan Nora bersahabat sewaktu belajar bersama-sama di universiti dulu. Boleh dikatakan, kedua keluarga ini begitu rapat dan bagaikan adik beradik.
Sambil berbicara tentang keluarga Adrian, mereka juga bercakap mengenai kejadian pagi itu di mana Nana tersalah sangka. Hampir pecah perut ibu bapa Nana mendengarnya. Adrian pula hanya senyum dan tersimpul malu disitu apabila mereka bercakap mengenainya.

"Ok, bilik awak di sini. Kalu nak tanya apa-apa pasal rumah ni, tanya kat bibik atau Salwa. Bilik mereka kat sana tu," Jelas Nana kepada Adrian.
"Ok... Ok... bilik awak kat mana pula?" tanya Adrian sambil ketawa kecil mengacau Nana.
"Buat apa ambil tahu? tahu bilik sendiri sudah," tegas Nana lalu beredar.
"Adess. Apa salah aku sampai Ana marah kat aku ya? Mungkin dia masih berasa malu lagi sebab kejadian pagi tadi mungkin. Tak ape, esok lusa ok la tu." bisik hati Adrian.

Kringgg!!! Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Nana bersiap sedia untuk ke fakulti kerana kelas bermula pukul 8 pagi. Bibik juga sudah siap menyediakan sarapan. En. Hafiz dan Cek Nor sudah bersiap untuk pergi ke pejabat. Salwa juga sudah bersedia untuk menghadiri kuliah.
"Ana, pergi panggil Adrian sarapan," Pinta Cek Nor.
Nana membuat muka cebik. Dalam fikirannya, Adrian sudah pun dewasa, pandai-pandai lah dia turun bersarapan kalau sudah bangun. Takkanlah intupun perlu di jemput.
"Nor, tak perlu lah anak-anak panggil Adrian. Bagi lah Adrian tu rehat. Mungkin penat budak tu berjalan jauh kesini. Biarkan, bagi dia tidur lebih sikit," kata En Hafiz kepada isterinya.
Hati Nana terdetik kata-kata jahat, " Ni peluang aku ni. Mesti dia tengah tidur, kalau aku kacau dia supaya tidak cukup tidur, nanti keluar rumah, takkan dia keluar berfoya-foya sebab mata yang merah. Betul, aku mesti kacau dia daripada dapat tidur yang cukup."
"Eh, mak. Tak apa lah, biar Ana  panggil Adrian ke bawah. Lagipun kalau dia penat pun, sarapan mesti diambil," Kata Nana dengan semangat.

Sunyi dan tidak terurus bilik Adrian. katil tidak tersusun, pakaian pula terabur atas katil. Adrian tiada di biliknya. Nana masuk ke bilik Adrian senyap-senyap supaya senang untuk menyakat Adrian. Apabila berada dalam bilik Adrian, Nana tersentak apabila melihat Adrian tiada di situ. Nana pun berjalan-jalan berpusing-pusing disitu sambil melihat keadaan sekeliling.

Tok...Tok...Tokk!!
Pintu bilik diketuk, Nana yang terperanjat jadi kabut dan tidak tentu arah. Jikalau dia didapati di bilik itu bersendirian, abis bibik salah sangka nanti. Kecoh satu rumah. Cepat-cepat dia menuju ke bilik airuntuk bersembunyi.

Kebomm!! Nana terserempak dan terlanggar Adrian semasa masuk kebilik air itu. Adrian yang waktu itu cuba keluar dari bilik air ditolak oleh Nana sehingga kedua-duanya tersadung jatuh kebawah. Nana terlihat Adrian yang baru mandi dan beralaskan tuala hampir menjerit. Belum sempat Nana menjerit, Adrian dengan pantas menutup mulut Nana dan menyuruhnya diam. Lantas Adrian menuju ke pintu bilik untuk membuka pintu.
"Owh. Bibik, maaf ya bik. boleh datang 10 minit lagi? saya baru mandi ni, nak tukar pakaian dulu." jelas Adrian.
Belum sempat bibik berkata apa-apa, Adrian terus menutup pintu.
"Ko buat apa dalam bilik ni ah? Ooo... Skodeng aku mandi ek?"  kata Adrian sambil menutup tubuhnya dengan selimut katil.
"Err. Mana ada. Aku ingat kau masih tidur. Dah-dah. Aku nak keluar. Mama suruh kau turun lekas, nak sarapan."nafi Nana sambil malu-malu keluar dari bilik itu serta merta.
...

"Saya Prof.Adrian. Merupakan lepasan Phd dalam bidang bisness dan sejarah arkeologi. Sya akan memberikan ceramah dan input-input menarik kepada kamu semua dalam beberapa minggu ini. Kamu boleh panggil saya Adrian," Jelas Adrian dalam bilik kuliah..
"Adrian, tidak mungkin. Tak sangka pula yang dia mengantikan Prof Hisyam untuk memberi lecture kat kami," bisik hati Nana.
"Aih, Ana, tu bukannkah Adrian, anak kawan papa kau. Dia mengajar? macam tak boleh percaya pula seorang yang gatal boleh menjadi pensyarah," kata Hilza ditelinga Nana.
"Hmm..Hmm... Yang belakang tu, tolong memberi perhatian sewaktu saya mengajar. Ini adalah penting untuk kamu ya. Please.." tegas Adrian sambil menegur Hilza dan Nana secara khusus dan kepada kelas secara amnya.

"Aku dengar dari Hilza yang kau ada saudara yang hensem? bagi tau la kami. Kenal-kenalkan kat kami." Kata Jaja dengan penuh minat.
"Hensem apa, dia tu kaki perempuan la. Tau tak, waktu sampai kat airport semalam, bukannya nak terus jumpa kami kalau dah tahu. Dia pergi mengurat minah mana entah kat airport tu," balas Nana dengan sinis.
"Aik. bunyi macam cemburu nampak?" balas Jaja.
"Mana ada. Buat apa aku jeles kat mamat gemok tu. Huh," nafi Nana.
" Dulu memang lah gemok. Tapi sekarang dah kurus dah, hensem pula tu. Siap jadi lecturer kat dalam kuliah kitorang tu. Takkan lah tak tersentuh hati kot," kenen Hilza.
Memang lah Adrian itu sekarang dah kacak dan segak, tapi bukan itu yang Nana nak maksudkan. Nana sudah pun mempunyai buah hati bernama Megat. Sia-sialah segala percintaannya bersama Megat jikalau dalam hatinya mula menyintai Adrian.
"Cakap pasal buah hati kau, tu hah Megat, dah sampai dah. Ok la nana, kami pergi dulu, jumpa kat kelas esok," Kata Jaja  lalu beredar bersama Hilza meninggalkan Nana.

Mid Valley sememangnya tempat paling popular untuk pelajar universiti lepak-lepak dan bergembira. Ini kerana Mid Valley satu-satunya shopping complex yang paling dekat dengan universiti yang dihadiri Nana kini. Bagi Nana, cari port berseronok di situ sudah perkara biasa kerana kekasihnya juga merupakan seorang pelajar disitu.

Sesudah selesai menonton wayang pada hari itu, tiba-tiba, Nana terlihat kelibat Adrian bersama dua orang wanita yang seksi. Dia mengikutnya sampai ke tempat main boling. Megat hanya mengikut sahaja Nana tanpa menyedari bahawa Nana sedang mengekori seseorang.
"Sah, itu memang Adrian. Ish, betul dia ni miang. Tengok tu, siap dua perempuan lagi berdampingan," getus hati Nana.
Adrian pun pergi ke kaunter untuk bermain boling. Selesai membayar dan mengambil kasut, dia dan 2 wanita itu pun pergi ke 'lane' mereka. Nana yang mengekorinya dari tadi pun mengajak Megat bermain boling. Mereka memilih lane sebelah dengan Adrian.

Adrian menyedari perbuatan Nana, namun, Adrian berpura-pura tidak mengenali Nana kerana sedar yang Nana bersama lelaki lain yang berkemungkinan besar kekasihnya.
Sedang bermain boling, bagaikan tidak mengaku kalah, masing-masing menunjukkan kekuatan sendiri. Megat menyedari yang Nana asyik memerhatikan Adrian bermain boling menyebabkan dia terasa tercabar.
Dalam masa yang sama, Adrian bergurau senda bersama dengan 2 wanita yang bersamanya dengan menepuk punggung salah seorang darinya. Bagaikan tidak percaya, wanita itu hanya senyum-senyum kambing bila diraba. Nana yang melihat gelagat Adrian menjadi marah. Malah mukanya merah padam. Nana berlari ke bilik air. Menyedari sikap Nana yang pelik, Megat akhirnya faham mengapa tiba-tiba Nana mengajaknya bermain boling.

Sudah beberapa minggu Adrian tinggal di rumah keluarga En. Hafiz. Akhirnya Adrian bertekad untuk memberitahu En. Hafiz yang dia sudah pun membeli sebuah rumah banglo di Wangsa Maju. En. Hafiz faham sememangnya tidak manis jikalau Adrian terus menetap disitu dengan dua orang anak perempuannya. En. Hafiz menghormati keputusan Adrian itu.

Nana dan Salwa begitu kesunyian sejak Adrian pindah ke rumah baru. Tapi mereka menyedari yang Adrian akan tinggal di rumah mereka hanya sementara.
Nana seperti biasa pergi ke kelas bersama rakan-rakannya. Begitu juga dengan Salwa. Semasa berada di universiti, Nana ternampak Adrian sedang berbincang sesuatu dengan Megat. tetapi dia tidak mengambil tahu hal itu.

"Maaf ya. Prof Hisyam masih belum pulang dari oversea manakala Prof Adrian pula perlu diperlukan di tempat lain. Nampak seperti mustahak. So, saya akan menggantikan mereka untuk minggu ni," kata lecturer itu.
"Ai, first time Adrian tak mengajar. Biasanya dia akan datang mengajar kerana apabila mengajar, dia kelihatan begitu serius," getus hati Nana.

Sepanjang minggu itu, Nana begitu resah dan tidak bersemangat. Buakn sahaja kerana Adrian, Megat yang merupakan kekasih Nana juga tidak menghubunginya dan tidak pula berjumpa. Seperti mereka berdua telah berpakat tidak berjumpa dengan dia lagi.

Setelah beberapa bulan tidak menghubungi  Nana, akhirnya Megat datang kerumah Nana. Megat kelihatan sayu dan sedih. Tergetus persoalan di hati Nana apa yang telah berlaku kerana Megat tidak pernah menunjukkan sikap negaifnya didepannya.

Bersama dengan Megat ialah sebuah surat bersampul merah. Megat dengan sayunya memberi surat itu kepada Nana.



Kepada Nana,
Ku pohon seribu kemaafan jikalau kedatangan ku hanya sementara dan pergi ku secara tiba-tiba. Jikalau awak membaca surat ini bermaksud aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Aku begitu gembira bila berjumpa dengan awak ketika di airport dulu. Cara awak berkerut, berjalan, cara awak menggenggam tangan kerana marah, semua itu membuat kan ku gembira. Malah ketika awak masuk dalam bilikku untuk menyakatku membuatkan aku berdebar-debar.
Aku sudah lama jatuh hati kepada awak, walaupun berat mulut ini untuk mengucapkannya, tapi itu kenyataan. Ingat lagi tak sewaktu awak menolak jatuh semua tukang buli yang cuba membuli ku, waktu itu, aku dapat melihat bahawa matamu berpinar-pinar penuh kemarahan kerana mereka menggangguku. Dari saat itulah hatiku mula menyukaimu. Malah setiap kali awak mempermainkan atau menyakat ku, aku berasa bahagia sebab awak begitu mengambil berat terhadap aku. Tiada siapa yang menyedari kehadiran ku dulu kerana badanku yang besar.
Kerana penyakitku, aku semakin kurus. Papa ku yang sebenarnya menghantarku berubat di luar negara kerana penyakit Leukimia pula tidak menyangka bahawa penyakitku parah dari yang dijangkakan. Kerana badan ku sewaktu dulu yang gemuk, membuatkan doktor agak sukar mengubatinya. Penyakit ini telah menyebabkan aku kurang aktif serta kurang daya penghadaman dan akhirnya menjadi kurus.
Oleh kerana kegagalan perubatan, masa ku semakin suntuk. Aku mengambil keputusan untuk datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan awak sebelum sampai ajal ku.
Aku berharap dengan pemergian ku ini, awak dapat hidup dengan aman bersama dengan Megat. Ku berharap awak bahagia di dunia dan akhirat.

Yang Tercinta,
Adrian..


"Ini, surat ini," Kata Nana tersangkut-sangkut.
"Iya, ini surat Adrian terakhir. Aku adik angkatnya. Ibu bapanya mengambilku sebagai anak angkat 8 tahun yang lalu. Adrian selalu bercerita mengenai awak dan memnta ku menemani mu. Tetapi, ajalnya makin dekat. Dia meminta ku menemaninya sambil mendengar cerita mengenai awak di banglo yang dibelinya sehinggalah ajalnya beberapa hari lepas," jelas Megat.
Megat begitu sedih dengan pemergian Adrian. Walaupun adik angkat, Adrian menganggapnya sebagai adik kandung sendiri.
Nana menangis sekuat hati. Sememangnya dalam hati nya mencintai Adrian tetapi tidak sangka Adrian sudah tiada. Baginya Adrian merupakan cinta pertama yang dinafikan oleh hatinya kerana Adrian dulunya gemuk dan sekarang gatal.  Megat merupakan cinta nya sekarang. Namun, pemergian Adrian secara tiba-tiba membuatkannya seperti kehilangan seseorang yang dia sayangi. Tiada lagi sahabat yang boleh dibuatnya bergurau, tiada lagi sahabat yang boleh dibawa bergadoh, tiada lagi sahabat yang seriang Adrian.
...

3 comments:

  1. wahh...mnarik2...ada bkat jd pnulis...
    tp sygnya sad ending....
    hpe ana bhagia dgn megat..
    yg pergi xkn kmbali......

    ReplyDelete
  2. huhu~ still hapy ending gak~ mne bley seorang perempuan dpt 2 skali~

    ReplyDelete
  3. good story....wt cte yg lg best k...akk nk bce nnti...hehehehe

    ReplyDelete